Kesalahan-kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
Bentuk Kesalahan | Salah | Betul |
1. Kesalahan ejaan |
Mengalakkan | Menggalakkan |
Menyakinkan | Meyakinkan | |
Mengkagumkan | Mengagumkan | |
Mengenegahkan | Mengetengahkan | |
Mengenepikan | Mengetepikan | |
Makhamah | Mahkamah | |
Kebaikkan | Kebaikan | |
Kebanyakkan | Kebanyakan | |
Kenaikkan | Kenaikan | |
Was-was | waswas | |
Di tubuhkan | Ditubuhkan | |
Disana | Di sana | |
Aturcara | Atur cara | |
Khenduri | Kenduri | |
Ko-kurikulum | Kokurikulum | |
Kadang kala | Kadangkala | |
Barang kali | Barangkali | |
Beristirehat | Beristirahat | |
Rumahtangga | Rumah tangga | |
Resepi | Resipi | |
Tanggung jawab | Tanggungjawab | |
2. Kesalahan penggunaan kata ialah dan adalah | a. Cara belajar yang bijak ialah dengan membina jadual.
b. Impian saya adalah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. |
a. Cara belajar yang bijak adalah dengan membina jadual.
b. Impian saya ialah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. |
3. Kesalahan penggunaan kata ia | Tempat ini menjadi pilihan saya kerana ia memiliki keistimewaan yang tersendiri. | a. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tanah tinggi ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.
b. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana kawasan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.
c. Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tempat ini memiliki keistimewaan yang tersendiri. |
4. Kesalahan penggunaan kata hubung | Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah kerana negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik. | Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik. |
5. Kesalahan penggunaan penanda wacana |
Hal ini kerana | Hal ini demikian kerana |
Justeru itu | Oleh itu | |
Oleh kerana itu | Oleh sebab itu/oleh itu | |
Sehubungan itu | Sehubungan dengan itu | |
Selain daripada itu | Selain itu | |
Selain dari itu | Selain itu | |
6. Kesalahan frasa nama |
Mini bas | Bas mini |
Goreng pisang | Pisang goreng | |
Tempat meletak kereta | Tempat letak kereta | |
Seni mempertahankan diri | Seni pertahanan diri | |
Pusat membeli-belah | Pusat beli-belah | |
Tapak membuang sampah | Tapak pembuangan sampah | |
7. Kesalahan frasa kerja |
Saya perlu melibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar. | Saya perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar. |
Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar anak-anak tidak berasa tersisih. | Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih. | |
Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi negara. | Gejala buli menambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi negara. | |
Badan Pencegah Rasuah menerima banyak aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam. | a. Badan Pencegah Rasuah banyak menerima aduan tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.
b. Badan Pencegah Rasuah menerima aduan yang banyak tentang amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam. |
|
Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini. | Pihak persatuan merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini. | |
8. Kesalahan frasa adjektif | Tempat itu merupakan tempat yang terindah sekali di negara kita. | a. Tempat itu merupakan tempat yang terindah di negara kita.
b. Tempat itu merupakan tempat yang indah sekali di negara kita. |
9. Kesalahan frasa jamak | Antara maklumat-maklumat… | Antara maklumat… |
Himpunan kata-kata… | Himpunan kata… | |
Longgokan kayu-kayu… | Longgokan kayu… | |
Deretan rumah-rumah… | Deretan rumah… | |
Kebanyakan barang-barang… | Kebanyakan barang… | |
Pelbagai kuih-muih… | Pelbagai kuih… | |
10. Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan | Sebuah keluarga | Satu keluarga |
Sebuah mimpi | Suatu mimpi | |
11. Kesalahan kata kerja berapitan diper-…i | Diperolehi
Diperbaiki Diperkuasai Diperdalami Diperakui Dipersetujui diperhalusi |
Diperoleh
Dibaiki Dikuasai Didalami Diakui atau diperakukan Disetujui dihalusi |
12. Kesalahan kata kerja berapitan beR-…-an
(jumlah subjek yang banyak) |
Lampu-lampu merah bergantungan di dinding.
Bintang-bintang bertaburan di langit.
Daun-daun kering berguguran di halaman rumah. |
Lampu merah bergantungan di dinding.
Bintang bertaburan di langit.
Daun kering berguguran di halaman rumah. |
13. Kesalahan penggunaan kata kerja berapitan memper-…-i | Memperolehi
Memperbaiki Memperkuasai Memperdalami Memperakui Mempersetujui memperhalusi |
Memperoleh
Membaiki Menguasai Mendalami Mengakui Menyetujui menghalusi |
14. Kesalahan bahasa kerana meninggalkan imbuhan | Ibu bapa lebih pentingkan kerjaya… | Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya… |
Pelajar yang kerap timbulkan masalah di sekolah… | Pelajar yang kerap menimbulkan masalah di sekolah… | |
15. Kesalahan penggunaan kata sendi nama | Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong dalam negeri sendiri. | Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong di dalam negeri sendiri. |
Sebab itulah Genting Highlands juga digelar “Taman Tema Sekeluarga”. | Oleh sebab itulah Genting Highlands juga digelar “Taman Tema Sekeluarga”. | |
16. Kesalahan penggunaan ungkapan yang mana dan di mana sebagai kata hubung | Saya telah membaca berita di mana kejayaan anda disiarkan. | Saya telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda. |
Kejayaan anda itu yang mana saya akan jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain. | Kejayaan anda itu akan saya jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain. | |
17. Kesalahan kerana menggunakan ungkapan ini kerana pada permulaan ayat | Ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi. | Hal ini dikatakan demikian kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi. |
18. Kesalahan penggunaan ayat pasif | Rencana-rencana itu saya akan bukukan.
Kisah itu anda telah riwayatkan dengan jelas.
Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama. |
Rencana-rencana itu akan saya bukukan.
Kisah itu telah anda riwayatkan dengan jelas.
Rumah itu sedang didirikan oleh mereka bersama-sama. |
Thanks a lot for sharing your knowledge with us
LikeLike